WARGA SKPK 2013

WARGA SKPK 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 telah diadakan pada hari Isnin, 28 September 2009. Saksikanlah gelagat-gelagat mereka yang ceria berbaju baru...


Petronas Raya Ads: So Touching and Meaningful


The Petronas advertisement year 2006 from the late Yasmin Ahmad; that will touch your heart deeply and so meaningful, be good to your parents, you are nothing without them...


The Petronas advertisement year 2003 & 2009; even though this advertisement look funny, but at the same time it really touching and strikes our emotions. Always respecting your mother and honour to your mother. Respect...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi cuti khas sempena perayaan ini... Bolehlah balik kampung awal, hehe... Lebih selamat kerana tidak berebut-rebut di jalan raya.

Bagi adik-adik kecil, bolehlah anda merancang untuk berhari raya di rumah cikgu kesayangan anda... Pasti dapat banyak duit raya... Duit raya, duit raya juga, tetapi jangan lupa bersalam-salaman dan memohon maaf, ok, macam Upin dan Ipin...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Suasana Hari Pertama UPSR

Murid-murid kusyuk mendengar amanat terakhir sebelum ke dewan peperiksaan daripada guru Bahasa Melayu mereka, Pn. Ramlah binti Yunus.

Murid berbaris dan membaca doa sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Murid-murid melangkah keluar daripada dewan peperiksaan selepas menjawab kertas pertama, Bahasa Melayu Pemahaman dan menuju ke tempat berkumpul sebelum meneruskan kertas kedua, Bahasa Melayu Penulisan.

Majlis Penyerahan Ilmu

Ucapan daripada wakil murid, Nurul Aisya binti Mohd NawiCalon-calon UPSR 2009En. Ab Rahman bin Ahmad, PKHEM, memberikan motivasi...En. Ghazali bin Seman, Guru Besar, memberikan galakan dan kata-kata peransang kepada calon-calon UPSR...Sesi bersalam-salaman antara murid dan guru. Murid mengucapkan terima kasih, memohon maaf dan memohon menghalalkan ilmu yang telah mereka terima. Guru menghalalkan dan merestukan ilmu serta mendoakan kecemerlangan anak-anak didik mereka.
Semoga anda telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi UPSR pada 8,9 dan 10 September...
Doa dan restu sentiasa mengiringi anda.
Try your best, my children. Aim for 5A!

Syukur, Pembinaan 2 Blok Bangunan Baru Telah Bermula...

Dalam kenangan....
Bangunan lama yang telah dirobohkan pada 15 Ogos 2009

Akhirnya, penantian selama bertahun-tahun telah berakhir dan membuahkan hasil, 2 blok bangunan baru akan dibina di SK Pangkal Kalong. Satu blok menggantikan bangunan lama dan satu blok tambahan lagi akan dibina di atas padang sekolah.

Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di tapak asal bangunan lama
Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di atas padang sekolah

ANALISIS PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

ANALISIS PENCAPAIAN AM (M/P TERAS)
BILANGAN CALON :
Semua : 121 orang
Hadir : 120 orang
BILANGAN YANG MENDAPAT :
5A : 15 orang 4A : 6 orang 3A : 17 orang 2A : 28 orang 1A : 12 orang
LULUS SEMUA MATA PELAJARAN :
77 orang (64.2%)
GAGAL SEMUA MATA PELAJARAN :
7 orang (5.8%)

ANALISIS PENCAPAIAN MATA PELAJARAN :
BAHASA MELAYU (KEFAHAMAN) :
A : 72 orang, B : 25 orang, C : 10 orang, D : 12 orang, E : 0 orang
% LULUS : 89.9%
% GAGAL : 10.1%
BAHASA MELAYU (PENULISAN) :
A : 67 orang, B : 28 orang, C : 10 orang, D : 5 orang, E : 9 orang
% LULUS : 88.2%
% GAGAL : 11.8%
BAHASA INGGERIS :
A: 29 orang, B : 40 orang, C : 35 orang, D : 15 orang, E : 0 orang
% LULUS : 87.4%
% GAGAL : 12.6%
MATEMATIK :
A : 20 orang, B : 20 orang, C : 41 orang, D : 31 orang, E : 8 orang
% LULUS : 67.5%
% GAGAL : 32.5%
SAINS :
A : 30 orang, B : 44 orang, C : 26 orang, D : 15 orang, E : 4 orang
% LULUS : 84.0%
% GAGAL : 16.0%

SENARAI NAMA MURID YANG MENDAPAT 5A :
Ammar Hazim b Iskandar Zulkhairi
Liyana Balqis bt Mohd ZamriNor Sasha bt Mohd SukriNurul Aisya bt Mohd NawiNur Syazwani Alisha bt Muhammad ZudiNoor 'Alyaa bt Mohd AminNur Amalia bt RusliRos Azwa bt HamdanNur Syazana bt AliasMuhammad Wafiq b Mat ZinNurzuraini bt ZakariaMuhamad Safwan b AliasTuan Zafri Izzat b Tuan Mohd IzaniMohamad Abdullah b Adb MalekTuan Muhammad Dhiyaulfarhan b Tuan Salleh
Tahniah di atas usaha dan pencapaian anda yang cemerlang. Semoga anda kekal mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak lama lagi. Doa daripada guru-guru dan ibu bapa sentiasa mengiringi anda. Good luck boys and girls!

Selamat Berpuasa...

22 Ogos 2009 (Sabtu) adalah hari permulaan puasa bagi umat Islam pada tahun ini... Selamat berpuasa kepada semua warga SKPK dan pelawat yang beragama Islam...

KLINIK UPSR 2

AKTIVITI : PROGRAM MENGGILAP MINDA
TARIKH : 9 HINGGA 11 JULAI 2009
TEMPAT : RESORT SRI PANTAI, BACHOK
JUMLAH PESERTA : 60 ORANG (KUMPULAN SEDERHANA)

Dalam klinik UPSR kali ini, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh seorang mentor (guru). Fokus program ini ialah membimbing murid dalam menjawab ke arah peperiksaan.

(Terima kasih dan penghargaan kepada En. Ariffin bin Mamat, CEO Korporat di atas sumbangan kewangan
kepada aktiviti-aktiviti UPSR)