WARGA SKPK 2013

WARGA SKPK 2013
Showing posts with label BULETIN SKPK. Show all posts
Showing posts with label BULETIN SKPK. Show all posts

SK Pangkal Kalong di Facebook

SKPK Blogmaster telah mendaftar SK Pangkal Kalong di FACEBOOK dan telah membina Student Groups - Alumni Groups yang diberi nama Alumni SK Pangkal Kalong. Ia dibina khas untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajar yang pernah bersekolah di SK Pangkal Kalong. Diharapkan ia mendapat sambutan dan sesiapa yang tahu mengenainya dapat menghebahkan kepada semua...

Terima kasih.


Sk Pangkal Kalong

Create Your Badge

Majlis 3J

3J adalah ringkasan kepada Jamuan Hari Raya, Jamuan Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun. Idea 3J ini telah dicetuskan oleh PKHEM, Encik Ab. Rahman bin Ahmad. Acara utama 3J adalah makan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan kakitangan SKPK serta guru-guru Fardhu Ain dan AJK PIBG. Seluruh ahli keluarga telah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Majlis 3J ini.

Sambutan Majlis 3J amat meriah walaupun diadakan di sekolah. Antara menu utama adalah sate, ayam BBQ, bihun goreng, nasi goreng dan lain-lain lagi.

"Semoga majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan diadakan secara besar-besaran di luar sekolah pula," kata Guru Besar, Hj. Ghazali bin Seman dalam ucapan alu-aluan.

Terima kasih kepada hadirin yang hadir.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 telah diadakan pada hari Isnin, 28 September 2009. Saksikanlah gelagat-gelagat mereka yang ceria berbaju baru...


Syukur, Pembinaan 2 Blok Bangunan Baru Telah Bermula...

Dalam kenangan....
Bangunan lama yang telah dirobohkan pada 15 Ogos 2009

Akhirnya, penantian selama bertahun-tahun telah berakhir dan membuahkan hasil, 2 blok bangunan baru akan dibina di SK Pangkal Kalong. Satu blok menggantikan bangunan lama dan satu blok tambahan lagi akan dibina di atas padang sekolah.

Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di tapak asal bangunan lama
Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan di atas padang sekolah

SELAMAT DATANG BUAT GURU BESAR BARU, HJ. GHAZALI BIN SEMAN

Selamat datang dan selamat bertugas buat Guru Besar, Hj. Ghazali bin Seman. Semoga SK Pangkal Kalong terus maju dan cemerlang di bawah pentadbiran dan pimpinan GB baru kita.

SALAM PERPISAHAN BUAT GURU BESAR, HJ. HASBULLAH BIN ISMAIL

Majlis Perpisahan

Salam perpisahan buat Hj. Hasbullah bin Ismail dan selamat bertugas di tempat yang baru, SK Raja Abdullah.