WARGA SKPK 2013
Showing posts with label PROGRAM KURIKULUM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM KURIKULUM. Show all posts
KELAS INTENSIF PRA-UPSR 2010
8:57:00 PM
Posted by Blogmaster : S.H.Tan on Monday, December 14, 2009
Kelas Intensif Pra-UPSR 2010 adalah program persediaan awal yang telah dijalankan kepada murid-murid tahun 6 bagi tahun 2010. Ia bermula dari 6/12/2009 hingga 23/12/2009 iaitu pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, setiap hari Ahad hingga hari Rabu.
Program ini telah dibahagikan kepada 2 kelas yang membabitkan seramai 70 orang murid . 8 orang guru telah bertanggungjawab dalam program ini iaitu:
Bahasa Inggeris
1. Pn. Zumilah Bibi bt Habib Rahman
2. Pn. Juhaida bt Yussof
Bahasa Melayu
1. Pn. Ramlah bt Yunus
2. Pn. Mariani bt Che Ahmad
Matematik
1. En. Anua bin Muhammad
2. Pn. Azilah bt Abdullah
Sains
1. Pn. Zalina bt Mustapha
2. Cik Tan Sor Hiang
MAJLIS PENYAMPAIAN SAGUHATI KECEMERLANGAN 5A
7:07:00 PM
Posted by Blogmaster : S.H.Tan on Sunday, July 5, 2009
TARIKH: 5 JULAI 2009 (AHAD)
Majlis penyampaian saguhati kecemerlangan 5A bagi peperiksaan pertengahan tahun. Lebih gembira dan terharu lagi apabila saguhati daripada pihak sekolah disampaikan sendiri oleh ibu murid cemerlang masing-masing. Tahniah! Semoga kecemerlangan anda sekarang akan membawa kecemerlangan sebenar dalam UPSR nanti.
PROJEK KEWARGANEGARAAN PSK - PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2008
4:17:00 PM
Posted by Blogmaster : S.H.Tan on Sunday, October 26, 2008
Tarikh: 26 Oktober 2008 (Ahad)
Masa: 7.40 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat: Kawasan Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong
Sasaran: Semua pelajar tahap 2
Tema: Bersih, Berfungsi dan Berkesan
Tempat: Kawasan Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong
Sasaran: Semua pelajar tahap 2
Tema: Bersih, Berfungsi dan Berkesan
7.40 pagi - Murid berkumpul di Medan Tarbiah & diberi taklimat
8.30 pagi - Aktiviti gotong-royong bermula
10.30 pagi - REHAT
11.00 pagi - Aktiviti gotong-royong disambung semula
12.00 tgh - Persegaran
12.25 tgh - Bersurai
a) Cuci bersih-bersih...ya. Kelas bersih, barulah selesa hendak belajar.
b) Macam itulah, ada semangat kerjasama. Tak sia-sia cikgu PSK mengajar!
c) Kebersihan dalam sekolah telah terjaga, kebersihan luar sekolah perlu dijaga juga...!
d) Cat elok-elok dinding tu, adik. Jangan sampai tercat baju pula. Nanti tak pasal-pasal kena marah kat emak....
e) Inilah habuan yang ditunggu-tunggu. Ingat juga cikgu kat perut aku yang lapar ni.... Syukur...
Subscribe to:
Posts (Atom)