WARGA SKPK 2013

WARGA SKPK 2013

KLINIK UPSR 2

AKTIVITI : PROGRAM MENGGILAP MINDA
TARIKH : 9 HINGGA 11 JULAI 2009
TEMPAT : RESORT SRI PANTAI, BACHOK
JUMLAH PESERTA : 60 ORANG (KUMPULAN SEDERHANA)

Dalam klinik UPSR kali ini, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dibimbing oleh seorang mentor (guru). Fokus program ini ialah membimbing murid dalam menjawab ke arah peperiksaan.

(Terima kasih dan penghargaan kepada En. Ariffin bin Mamat, CEO Korporat di atas sumbangan kewangan
kepada aktiviti-aktiviti UPSR)

PRASEKOLAH SK PANGKAL KALONG JUARA DALAM PERTANDINGAN TARIAN RAMPAI TRADISIONAL PERINGKAT PPD KOTA BHARU

Tarikh: 6 Julai 2009 (Isnin)
Tempat: Dewan Baru PPD Kota BharuTahniah kepada adik-adik cilik prasekolah kita. Semoga akan menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri Kelantan pada bulan Oktober nanti.

MAJLIS PENYAMPAIAN SAGUHATI KECEMERLANGAN 5A

TARIKH: 5 JULAI 2009 (AHAD)
TEMPAT: MEDAN TARBIAH SK PANGKAL KALONG
Majlis penyampaian saguhati kecemerlangan 5A bagi peperiksaan pertengahan tahun. Lebih gembira dan terharu lagi apabila saguhati daripada pihak sekolah disampaikan sendiri oleh ibu murid cemerlang masing-masing. Tahniah! Semoga kecemerlangan anda sekarang akan membawa kecemerlangan sebenar dalam UPSR nanti.

Gambar kenangan bersama ibu masing-masing