WARGA SKPK 2013

WARGA SKPK 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri 2009 telah diadakan pada hari Isnin, 28 September 2009. Saksikanlah gelagat-gelagat mereka yang ceria berbaju baru...


Petronas Raya Ads: So Touching and Meaningful


The Petronas advertisement year 2006 from the late Yasmin Ahmad; that will touch your heart deeply and so meaningful, be good to your parents, you are nothing without them...


The Petronas advertisement year 2003 & 2009; even though this advertisement look funny, but at the same time it really touching and strikes our emotions. Always respecting your mother and honour to your mother. Respect...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi cuti khas sempena perayaan ini... Bolehlah balik kampung awal, hehe... Lebih selamat kerana tidak berebut-rebut di jalan raya.

Bagi adik-adik kecil, bolehlah anda merancang untuk berhari raya di rumah cikgu kesayangan anda... Pasti dapat banyak duit raya... Duit raya, duit raya juga, tetapi jangan lupa bersalam-salaman dan memohon maaf, ok, macam Upin dan Ipin...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Suasana Hari Pertama UPSR

Murid-murid kusyuk mendengar amanat terakhir sebelum ke dewan peperiksaan daripada guru Bahasa Melayu mereka, Pn. Ramlah binti Yunus.

Murid berbaris dan membaca doa sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Murid-murid melangkah keluar daripada dewan peperiksaan selepas menjawab kertas pertama, Bahasa Melayu Pemahaman dan menuju ke tempat berkumpul sebelum meneruskan kertas kedua, Bahasa Melayu Penulisan.

Majlis Penyerahan Ilmu

Ucapan daripada wakil murid, Nurul Aisya binti Mohd NawiCalon-calon UPSR 2009En. Ab Rahman bin Ahmad, PKHEM, memberikan motivasi...En. Ghazali bin Seman, Guru Besar, memberikan galakan dan kata-kata peransang kepada calon-calon UPSR...Sesi bersalam-salaman antara murid dan guru. Murid mengucapkan terima kasih, memohon maaf dan memohon menghalalkan ilmu yang telah mereka terima. Guru menghalalkan dan merestukan ilmu serta mendoakan kecemerlangan anak-anak didik mereka.
Semoga anda telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi UPSR pada 8,9 dan 10 September...
Doa dan restu sentiasa mengiringi anda.
Try your best, my children. Aim for 5A!