Penantian berakhir sudah. Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan. Seramai 17 orang murid SK Pangkal Kalong telah mendapat kejayaan cemerlang 5A, satu pencapaiaan yang boleh dibanggakan walaupun tidak mengatasi rekod pada tahun 2005 iaitu seramai 18 orang murid mendapat 5A.

Terima kasih kepada murid-murid kesayangan di atas usaha gigih kamu. Terima kasih kepada cikgu-cikgu di atas pengorbananmu yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Terima kasih kepada ibu bapa di atas sokongan anda dalam membantu perancangan sekolah. Terima kasih kepada PIBG SK Pangkal Kalong kerana sentiasa menyokong pihak perancangan sekolah. Terima kasih kepada individu-individu khususnya En. Ariffin bin Mamat, yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program-program yang dianjurkan Badan Bertindak UPSR. Terima kasih kepada PPDKB, JPN Kelantan dan KPM di atas sokongan dan garis panduan yang diberikan... Terima kasih semuanya...

Sesi penerimaan slip keputusan UPSR oleh Guru Besar, Hj. Ghazali bin Seman...


Murid cemerlang 5A UPSR 2009 bergambar sebagai kenang-kenangan...

Berdiri dari kiri:
Noor 'Alyaa bt. Mohd Amin, Nor Sasha bt. Mohd Sukri, Nurzuraini bt. Zakaria, Nurul Aisya bt. Mohd Nawi, Liyana Balqis bt. Mohd Zamri, Nurul Ain bt. Md Fadzlillah Suhaimi, Ainun Farahana Azuwa bt. Azu, Ros Azwa bt. Hamdan dan Izzan Nazihah bt. Shuhaimi

Duduk dari kiri:
Tuan Muhammad Dhiyaulfarhan b. Tuan Salleh, Muhammad Wafiq b. Mat Zin, Ammar Hazim b. Iskandar Zulkhairi dan Tuan Zafri Izzat b. Tuan Mohd Izani

Tiada dalam gambar atas:
Nur Amalia bt. Rusli, Nur Syazana bt. Alias, Nur Syazwani Alisha bt. Muhammad Zudi dan Ummul Fatini bt. Che Pa
Tahniah dan syabas kerana mengharumkan nama baik diri, ibu bapa dan sekolah anda! Semoga kekal cemerlang sehingga ke akhir hayat...