WARGA SKPK 2013

WARGA SKPK 2013

Jamuan Akhir Tahun Murid-murid Tahun 6

Tarikh : 25 Oktober 2009
Tempat : Tahun 6
Masa : 12.15 tgh

Majlis ini dipengerusikan oleh adik Nor Alyaa bt. Mohd Amin

Adik Ammar Hazim bin Iskandar Zulkhairi, ketua pengawas 2009, memberikan ucapan selaku wakil murid

Ucapan oleh Guru Besar, Hj. Ghazali bin Seman

Bacaan doa sebelum makan

Selamat menjamu selera murid-murid dan guru-guru...

Cabutan Bertuah Soal Selidik Alam Sekitar

Tarikh : 25 Oktober 2009
Tempat : Kantin SKPK
Masa : 8.30 pagi

Cabutan bertuah ini dijalankan setelah keluarga murid-murid mengisi borang Soal Selidik anjuran Jabatan Alam Sekitar mengenai 3R (Recycle, Reuse and Reduce)... Sebanyak 10 hamper dan 3 hadiah utama telah disediakan. Majlis ini telah dipengerusikan oleh En. Ab Rahman bin Ahmad, PKHEM.


Antara murid yang bertuah ialah...

Tahniah kepada murid yang bertuah...

Salam Takziah

Takziah diucapkan kepada keluarga En. Akil bin Ibrahim dan Pn. Latipah binti Ab. Razak di atas pemergian anak kesayangan mereka, Muhammad Hafizuddin bin Akil dari kelas 6 Tabligh ke rahmatullah pada 20 Oktober 2oo9 (Selasa).

Semoga roh Muhammad Hafizuddin dicucuri rahmat hendaknya.

Ikhlas daripada,
Warga SKPK

Majlis 3J

3J adalah ringkasan kepada Jamuan Hari Raya, Jamuan Hari Keluarga dan Jamuan Akhir Tahun. Idea 3J ini telah dicetuskan oleh PKHEM, Encik Ab. Rahman bin Ahmad. Acara utama 3J adalah makan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara guru-guru dan kakitangan SKPK serta guru-guru Fardhu Ain dan AJK PIBG. Seluruh ahli keluarga telah dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan Majlis 3J ini.

Sambutan Majlis 3J amat meriah walaupun diadakan di sekolah. Antara menu utama adalah sate, ayam BBQ, bihun goreng, nasi goreng dan lain-lain lagi.

"Semoga majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang dan diadakan secara besar-besaran di luar sekolah pula," kata Guru Besar, Hj. Ghazali bin Seman dalam ucapan alu-aluan.

Terima kasih kepada hadirin yang hadir.

Sekitar Perkhemahan Murid-murid Tahun 6

Program : Perkhemahan (Aktiviti Selepas UPSR)
Tarikh : 8-9 Oktober 2009
Tempat : Dimuara Chalet 2, Tok Bali
Peserta : 75 orang

Barisan Peserta Perkhemahan

Aktiviti 1 : Pertandingan Sukaneka

Aktiviti 2 : Malam Kebudayaan





Aktiviti 3 : Senam Tari Aerobik - Poco Poco
(Terima kasih kepada Kak Ros dan suami sebagai jurulatih jemputan)

Aktiviti 4 : Pertandingan Membina Istana Pasir

Aktiviti 5 : Pertandingan Membuat Wau

Perasmian penutup oleh En. Adzmin bin Hamzah, Penolong Kanan Pentadbiran. Tahniah, kepada murid-murid yang berjaya...