PIAGAM PELANGGAN

1. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
2. Sentiasa mewujudkan suasana yang mesra, adil, selesa dan mengembirakan.
3. Sentiasa mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif dan selamat.
4. Memastikan staf yang berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
5. Memberi layanan mesra dan perkhidmatan yang cekap kepada setiap pelanggan.
6. Berusaha meningkatkan tahap disiplin murid melalui teguran, nasihat serta teladan dan pengalaman budaya tenang yang berterusan.
7. Menyempurnakan segala arahan dan urusan daripada PPD, PSPN, JPN dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam jangka masa yang ditetapkan dan seberapa segera yang mungkin.
8. Bersedia bekerjasama dengan semua agensi kerajaan, swasta, pertubuhan dan masyarakat sekitar demi mencapai Wawasan Pendidikan Negara.